• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 January 2026 | 03:21 PM

MA63: Sarawak Perlu Peta Hala Tuju Jelas Perkukuh Sistem Penjagaan Kesihatan

Kuching - Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 disaran merangka peta hala tuju penjagaan kesihatan yang jelas bagi memastikan penyelarasan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih berkesan, khususnya di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pelan jangka panjang itu penting bagi menangani isu kritikal seperti kekurangan tenaga kerja kesihatan, yang memerlukan perancangan rapi antara lima hingga 10 tahun.

Menurut beliau, Sarawak memerlukan tambahan kira-kira 4,000 kakitangan kesihatan, namun perkara itu tidak boleh dicapai dalam masa singkat, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berperingkat termasuk penambahan biasiswa dan peningkatan pelajar dalam bidang perubatan serta kejururawatan.

Dr Sim berkata, peta hala tuju yang jelas juga membolehkan usaha berterusan diteruskan oleh kepimpinan masa hadapan tanpa kekeliruan dalam pembahagian tanggungjawab.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Penyampaian Bekalan Perubatan Asas di Klinik Kesihatan Batu Kawa, hari ini.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok