Kuala Lumpur - Seramai 1,783 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri pagi ini, dengan Sabah mencatat pertambahan mangsa kepada 1,450 orang daripada 512 keluarga, tertumpu di Beaufort, Tenom dan Kota Belud.
Di Sarawak, PPS SMK Bekenu, Miri menempatkan 308 orang daripada 99 keluarga, berkurangan berbanding semalam, manakala di Johor, jumlah mangsa kini 25 orang daripada lapan keluarga di Segamat, dengan amaran hujan berterusan dikeluarkan untuk Mersing dan Kota Tinggi.
Pihak berkuasa memantau paras sungai di beberapa lokasi termasuk Sungai Benut dan Sungai Muar, sambil menasihatkan penduduk terus berjaga-jaga dan mematuhi arahan keselamatan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back