• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 January 2026 | 09:35 AM

MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Signifikan Akibat Luruan Monsun Hingga 11 Jan

Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca signifikan berikutan luruan monsun yang dijangka berterusan sehingga 11 Januari ini.

Keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat di timur Semenanjung dan barat Sarawak, disertai angin kencang serta laut bergelora di Laut China Selatan.

Amaran Hujan Berterusan telah dikeluarkan bagi Terengganu, utara Kelantan dan timur Pahang sehingga 8 Januari, manakala timur Johor dari 7 hingga 8 Januari, dan barat Sarawak dari 9 hingga 10 Januari.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora turut berkuat kuasa sehingga 8 Januari bagi Laut China Selatan.

MetMalaysia menasihatkan orang awam sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi jabatan serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok