Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah sehingga lapan malam ini.
Di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Serian serta Samarahan dan Asajaya.
Sementara di Sabah, cuaca buruk diramalkan melanda Sipitang dan Beaufort, Ranau dan Kota Belud, selain Tawau dan Kunak, Telupid serta Beluran, dan juga Kota Marudu.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada, mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti maklumat cuaca terkini daripada MetMalaysia.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back