• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 05:02 PM

KKM Sasar Haramkan Vape Sistem Terbuka Tahun Ini

Putrajaya - Kementerian Kesihatan menyasarkan pengharaman vape, bermula dengan jenis sistem terbuka, akan dilaksanakan tahun ini bagi melindungi kesihatan awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, KKM tidak akan berkompromi dalam penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, khususnya terhadap vape sistem terbuka yang disalahgunakan dengan bahan terlarang dan dadah sintetik.

Bercakap kepada media selepas Majlis Amanat Tahun Baru 2026 di sini hari ini, beliau menegaskan langkah itu penting bagi melindungi generasi akan datang daripada penyakit tidak berjangkit serta risiko serius seperti popcorn lung.

Jelasnya, cadangan pengharaman melibatkan penjualan dan penggunaan vape sistem terbuka itu dijangka dibentangkan ke Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata inisiatif Rakan KKM yang menawarkan perkhidmatan kesihatan bertaraf premium di hospital kerajaan terpilih dijangka bermula suku pertama tahun ini, dengan Hospital Cyberjaya sebagai perintis.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok