• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 03:48 PM

Tahun 2026 Fasa Pelaksanaan Reformasi Menyeluruh Sistem Kesihatan Negara - KKM

Putrajaya – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan tahun ini sebagai fasa pelaksanaan reformasi menyeluruh sistem kesihatan negara.

Penekanan diberikan kepada perubahan struktur secara tuntas, bagi memastikan perkhidmatan kesihatan Malaysia bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata empat lonjakan utama telah digariskan sebagai panduan gerak kerja KKM sepanjang tahun ini.

Lonjakan tersebut ialah, pendigitalan menyeluruh, reformasi pembiayaan, pembangunan modal insan dan kebajikan, serta kesihatan awam dan etika.

Menurut beliau, langkah tersebut selaras dengan tema Amanat Tahun Baharu 2026 iaitu “Memodenkan Sistem Kesihatan, Melonjakkan Mutu Perkhidmatan”.

Katanya, jika tahun-tahun sebelum ini lebih kepada ‘mendiagnosis’ dan merancang, tahun 2026 adalah tahun untuk KKM melaksanakan perubahan.

Tegas beliau, KKM tidak boleh lagi bergerak secara berperingkat.

Sudah masanya untuk perubahan struktur yang tuntas bagi memastikan sistem kesihatan kita benar-benar bersedia dan berfokus menghadapi cabaran masa hadapan.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok