• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 03:34 PM

KKDW Gariskan 5 Fokus Utama, Terajui Kemajuan Luar Bandar Tahun Ini

Putrajaya – Lima fokus utama digariskan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tahun ini, sebagai asas perancangan dan pelaksanaan program pembangunan desa.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lima fokus tersebut ialah ‘People’, ‘Place’, ‘Productivity’, ‘Prosperity’ dan ‘Prophetic’.

Menurut beliau, lima fokus utama itu, atau dikenali sebagai 5P, bertujuan memastikan kemajuan luar bandar yang mampan, berteraskan nilai dan berpaksikan rakyat.

Katanya, apabila 5P diterapkan dengan hala tuju yang jelas dan niat yang ikhlas, pembangunan desa tidak hanya diukur melalui angka dan laporan, sebaliknya melalui kehidupan masyarakat yang lebih bermaruah.

Tambah beliau, pembangunan desa perlu diurus dengan minda korporat bagi memastikan setiap peruntukan yang dibelanjakan memberi pulangan nilai kepada rakyat.

Ia menuntut kecekapan dan peranan yang jelas supaya setiap tindakan bukan sekadar memenuhi tanggungjawab sosial, tetapi menghasilkan impak nyata yang boleh diukur dan memberi nilai langsung kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan Hari Pembangunan Luar Bandar Sedunia tahun ini, susulan pengisytiharannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 6 Julai.

Sumber & Foto: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok