Kuching – Sarawak, sebagai tuan rumah Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026, terus mengukuhkan peranannya sebagai peneraju industri aeroangkasa serantau.
Persidangan dan pameran itu dijadual berlangsung pada 26 hingga 29 Januari ini, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, APACE 2026 akan menumpukan kepada pembangunan bakat dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa.
Menurut beliau, dengan operasi syarikat penerbangan Sarawak, AirBorneo, terdapat keperluan bagi kemahiran dalam bidang avionik, penerbangan, aeroangkasa dan teknologi satelit.
Sehubungan itu, APACE 2026 dilihat sebagai platform terbaik pada peringkat awal untuk mencapai sasaran tersebut.
Acara tersebut dijangka menghimpunkan lebih 3,000 pengunjung, dengan lebih 1,000 perwakilan, lebih 50 pempamer, dan lebih 60 penceramah akan mengambil bahagian dalam lebih 50 sesi persidangan.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas kunjungan hormat Delegasi APACE 2026 kepada Premier Sarawak di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini.
Sumber & Foto: UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back