• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 02:50 PM

Datu Felicia Tan Dilantik Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran)

Kuching – Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datu Felicia Tan Ya Hua, dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) yang baharu.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Datu Buckland Bangik yang telah bersara daripada Perkhidmatan Awam Sarawak selepas 37 tahun berkhidmat.

Majlis serah tugas jawatan itu hari ini turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, di Wisma Bapa Malaysia, Kuching.

Dalam ucapannya, Datu Felicia merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas kepercayaan yang diberikan.

Beliau menyifatkan pelantikan itu sebagai satu detik bermakna buat wanita Sarawak.

Untuk rekod, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan sepanjang lebih dua dekad perkhidmatan, termasuk sebagai Penolong Pegawai Daerah, Pegawai Daerah, Residen Bahagian dan Pengarah.

Pengalaman luas di peringkat akar umbi telah membentuk pendekatan kepimpinan yang akan dibawa ke peranan baharu di peringkat negeri.

Menyedari tanggungjawab besar jawatan tersebut, beliau menyeru bimbingan serta kerjasama semua pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan dasar dan program negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sumber & Foto: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok