Caracas - Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez, telah secara rasmi dilantik sebagai Presiden Sementara selepas penahanan Presiden Nicolas Maduro dan isterinya, Cilia Flores, oleh pasukan Amerika Syarikat hujung minggu lalu.
Rodriguez mengangkat sumpah di hadapan Parlimen Venezuela dengan menyebut nama Komander Hugo Chavez, sambil mengutuk penahanan Maduro dan isterinya.
Maduro dan Flores ditangkap dalam operasi awal pagi Sabtu, dipindahkan ke New York untuk menghadapi pendakwaan awal berkaitan dadah dan senjata api.
Susulan itu, Mahkamah Agung Venezuela mengarahkan Delcy Rodriguez mengambil alih jawatan Presiden Sementara serta-merta bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara.
Sumber: BERNAMA-ANADOLU
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back