Tokyo - Gempa bumi berskala 6.2 melanda wilayah barat Jepun, khususnya Shimane dan Tottori, pada jam 10.18 pagi tadi, menurut Agensi Meteorologi Jepun, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Gempa itu dicatatkan pada kedalaman 10 kilometer dan menggegarkan Shimane pada tahap 5 skala intensiti seismik Jepun daripada 7, diikuti oleh beberapa gegaran susulan termasuk satu gempa berskala 5.4 sekitar jam 10.37 pagi.
Pihak Chugoku Electric Power Co memaklumkan tiada sebarang keabnormalan dikesan di loji tenaga nuklear Shimane di Matsue susulan gegaran tersebut.
Penduduk di kawasan terjejas dinasihatkan berwaspada dengan gegaran susulan meskipun tiada ancaman tsunami.
Sumber: BERNAMA-KYODO
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back