Kuala Lumpur - Polis mengesan 10 lagi syarikat yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penipuan, menjadikan 109 laporan polis direkodkan sepanjang sebulan setakat 31 Disember lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata kesemua syarikat ini telah dimasukkan ke dalam pangkalan data Semakmule CCID untuk mengelak orang ramai menjadi mangsa.
Antara syarikat yang kerap dilaporkan ialah CVC Grow Star Sdn Bhd, CVC Group Sdn Bhd, JMC M Trading Venture, KGI HK Sdn Bhd dan beberapa lagi, dengan jumlah laporan antara 9 hingga 19 bagi setiap syarikat.
Datuk Rusdi menasihatkan orang ramai berhati-hati dengan tawaran kerja mudah yang meminta mereka membuka akaun bank bagi pihak syarikat, kerana sindiket menggunakan akaun syarikat untuk memudahkan aliran wang tanpa dikesan.
Orang ramai digalakkan menyemak nama syarikat atau nombor akaun melalui Semakmule CCID, dan jika muncul amaran, bermakna syarikat berkenaan terlibat dalam penipuan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back