• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 10:33 AM

Mangsa Banjir di Sabah dan Sarawak Meningkat, 1,706 Orang Dipindahkan

Kuala Lumpur - Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus meningkat, dengan 1,706 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara setakat 8 pagi ini.

Di Sabah, seramai 1,399 mangsa daripada 488 keluarga dipindahkan ke lapan PPS di tiga daerah terjejas iaitu Beaufort, Tenom, dan Kota Belud, dengan Beaufort mencatat jumlah mangsa tertinggi 587 orang.

Sementara itu, di Sarawak, PPS SMK Bekenu, Miri menempatkan 307 mangsa daripada 113 keluarga, membabitkan penduduk dari beberapa kampung berhampiran seperti Kampung Kawang, Kampung Jenggalas dan Kampung Kelapa.

Di Johor, jumlah mangsa kekal 27 orang daripada sembilan keluarga di PPS Segamat, dengan paras air sungai Muar dan Sungai Tekam berada pada tahap waspada dan amaran.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun pihak berkuasa terus memantau keadaan dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi arahan keselamatan.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok