• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 January 2026 | 10:22 AM

Maduro dan Isteri Mengaku Tidak Bersalah di Mahkamah AS Atas Pertuduhan Dadah dan Senjata

Washington - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, dan isterinya Cilia Flores mengaku tidak bersalah di mahkamah Amerika Syarikat terhadap beberapa pertuduhan berkaitan senjata api dan dadah yang dikemukakan pentadbiran Trump.

Maduro, yang menghadapi empat pertuduhan konspirasi keganasan-narko, didakwa mengetuai operasi penyeludupan kokain besar-besaran ke AS dengan bantuan kumpulan bersenjata dan pegawai kanan kerajaan.

Kedua-duanya menyatakan keinginan untuk menggunakan hak lawatan konsul, dan buat masa ini tidak memohon ikat jamin.

Maduro kini ditahan di Brooklyn selepas dipindahkan ke New York pada Sabtu, yang beliau dakwa sebagai penculikan oleh pihak AS.

Peguam Maduro, Barry Pollack, mempersiapkan pembelaan dengan mencabar kesahihan penahanan berikutan operasi ketenteraan AS. Mahkamah menetapkan 17 Mac sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi kes ini.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok