Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan pelantikan beberapa pegawai kanan melibatkan jawatan strategik di Bukit Aman dan kontinjen negeri.
Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abdul Rahman Kassim, memaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.
Sementara itu, Pengarah JPJKK, Datuk Wan Hasan Wan Ahmad, dilantik sebagai Urus Setia Ketua Polis Negara bagi Penyelidikan dan Pembangunan, manakala Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, dilantik sebagai Pengarah JSPT Bukit Aman baharu.
Di Sarawak, ACP Zulkipli Suhaili dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak, manakala ACP Roselina Daud mengetuai JPJKK negeri itu.
Pertukaran tersebut berkuat kuasa 9 Februari dan melibatkan pelantikan beberapa pegawai kanan lain dalam jawatan strategik di Bukit Aman.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back