London - Manchester United mengesahkan pemecatan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih kelab itu, hanya beberapa bulan selepas pengendali dari Portugal berkenaan mengambil alih jawatan pada November tahun lalu.
Dalam satu kenyataan, pihak kelab memaklumkan keputusan itu dibuat secara berat hati, namun dianggap perlu bagi memberi peluang terbaik kepada pasukan untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris.
Ketika ini, Manchester United berada di tangga keenam liga, susulan keputusan seri satu sama menentang Leeds United pada Ahad.
Pemecatan Amorim hadir selepas beliau meluahkan kekecewaan secara terbuka terhadap pengurusan kelab, termasuk prestasi jabatan pengambilan pemain, dalam sidang media yang mencuri perhatian selepas perlawanan tersebut.
Pihak kelab dijangka mengumumkan pengganti sementara dalam masa terdekat ketika musim liga terus berlangsung.
Sumber: Bernama-PA Media/dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back