Putrajaya – Kerajaan memperuntukkan RM800 juta bagi penyediaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) pada tahun ini.
Bantuan tersebut disalurkan secara sekali beri berjumlah RM150 kepada semua pelajar dari Tahun Satu hingga Tingkatan Enam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibu bapa perlu hadir ke sekolah untuk menerima bantuan tersebut bagi memastikan ia dibelanjakan khusus untuk keperluan anak masing-masing.
Di samping itu, katanya, kehadiran ibu bapa juga memberi peluang untuk mendengar dan memahami permasalahan anak-anak mereka daripada pihak guru.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat tahun baharu pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa BAP akan mula diagihkan seawal 11 Januari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back