KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Asas Rahman (SARA) RM100 kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas akan dikreditkan pada 9 Februari ini, melibatkan 22 juta penerima.
Beliau ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu berkata, bantuan itu bertujuan membantu persiapan Tahun Baharu Cina dan Ramadan.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar turut memaklumkan SARA untuk miskin tegar akan disalurkan pada 9 Januari manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa satu sehingga RM500 akan dibayar pada 20 Januari.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back