SRI AMAN - Sebuah kereta dilaporkan terjatuh ke dalam sungai berhampiran Kampung Melayu Skait, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.48 pagi.
Menurut Komander Operasi, kenderaan berkenaan ditemui berada di dalam sungai kira-kira 30 meter ke arah hilir dari lokasi kejadian.
Hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa berada di dalam kenderaan tersebut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back