Athens -- Trafik udara di Greece pulih sebahagiannya pada petang Ahad selepas gangguan besar menjejaskan semua lapangan terbang di seluruh negara.
Gangguan tersebut juga turut menghentikan penerbangan masuk serta keluar, ke dan dari negara itu.
Punca gangguan masih belum dikenal pasti.
Bagaimanapun, penyiar awam Greece, ERT melaporkan bahawa, satu sistem komunikasi alternatif telah digunakan, bagi membolehkan sebahagian penerbangan berlepas.
Menurutnya, siasatan bersama secara menyeluruh sedang dijalankan dengan penyertaan pihak berkuasa penerbangan awam negara itu serta badan berkaitan lain.
Setakat ini hanya kira-kira 35 penerbangan lintas ruang udara dibenarkan, manakala kebanyakan penerbangan ke dan dari Greece dilencongkan ke lapangan terbang di negara jiran, Turkiye.
Sumber & Foto: ANADOLU Agency
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back