PADAWAN - Polis menahan seorang wanita berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki di kawasan perkuburan Cina, Jalan Lumba Kuda.
Suspek ditahan di Batu 17, Siburan pada jam 4.45 petang semalam dan direman tiga hari, manakala polis masih memburu suspek lain.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 67 tahun ditemui meninggal dunia dengan kesan kecederaan, manakala anaknya berusia 34 tahun turut cedera dan dirawat di Hospital Umum Sarawak.
Kedua-dua mangsa merupakan buruh membaik pulih kubur.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Suara Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back