Jakarta - Pasukan penyelamat Indonesia menemui mayat Fernando Martin, jurulatih pasukan bola sepak wanita Valencia CF Femenino, lebih seminggu selepas kapal pelancong KM Putri Sakinah terbalik berhampiran Taman Negara Komodo.
Mayat Martin ditemukan kira-kira 2.1 kilometer dari lokasi kapal terbalik, selepas penemuan anak perempuannya yang turut hilang dalam kejadian itu. Isteri dan seorang lagi anaknya terselamat, manakala dua anak lain masih hilang.
Martin dan keluarganya sedang bercuti di perairan Pulau Flores pada 26 Disember ketika kapal pelancong mengalami masalah.
Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Maumere, Fatur Rahman, berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, dengan 17 kapal terlibat, namun keadaan diburukkan oleh arus kuat dan cuaca tidak menentu.
Sumber: BERNAMA-dpa
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back