Jakarta -- Sekolah-sekolah di kawasan terjejas akibat bencana di Sumatera Utara dijangka menyambung semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Lebih 95.23 peratus daripadanya diisytiharkan bersedia meskipun masih terdapat kerosakan susulan banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Menteri Pendidikan Rendah dan Menengah Indonesia Abdul Mu’ti berkata, 1,157 daripada 1,215 sekolah di kawasan terjejas bersedia untuk dibuka semula.
Katanya, ia juga selaras dengan bermulanya penggal persekolahan kedua di seluruh negara.
Beliau menambah beberapa sekolah akan beroperasi di bawah pengaturan sementara, termasuk mengadakan kelas di dalam khemah, manakala yang lain masih dalam proses pembersihan.
Dalam pada itu, bagi institusi pendidikan yang masih belum pulih sepenuhnya, kementerian telah menyediakan kurikulum yang direka khas, sambil menekankan pendekatan itu bersifat adaptif dan fleksibel.
Ia mengambil kira keadaan di lapangan tanpa menjejaskan semangat pelajar untuk terus belajar.
Sumber & Foto: ANTARA News
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back