• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 January 2026 | 09:14 AM

Pesara Kerajaan Rugi RM1 juta Terpedaya Penipuan Pelaburan Saham Online

George Town - Seorang pesara kerajaan berusia 67 tahun kerugian lebih RM1 juta selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian, menurut Polis Pulau Pinang.

Mangsa diperkenalkan kepada seorang wanita melalui Facebook pada Ogos lalu yang menawarkan pelaburan menjanjikan keuntungan sehingga 200 peratus.

Mangsa kemudian membuat 28 transaksi bayaran berjumlah RM1.0024 juta ke beberapa akaun bank antara Oktober hingga Disember 2025.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan melalui aplikasi yang diberikan, malah diminta membayar tambahan untuk cukai dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Polis kini menjalankan siasatan bagi mengesan rangkaian sindiket ini, dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam talian yang tidak sah.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok