ENGKELILI - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas menghadiri upacara sembahyang bersama ahli keluarga di Rumah Baie Merio Tambak, Engkelili pada Sabtu, 3 Januari lalu.
Menurut laporan polis, anak mangsa memaklumkan bahawa mangsa, Chin Shin Fah, 60 tahun, dilihat keluar dari ruai rumah panjang berkenaan kira-kira jam 11.30 malam sebelum tidak kembali ke rumah.
Susulan kejadian itu, ahli keluarga dengan bantuan penduduk rumah panjang telah menjalankan pencarian di sekitar kawasan berkenaan, namun gagal menemui mangsa.
Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju berlengan panjang dan berseluar pendek.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan hari ini bagi mengesan mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back