• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 January 2026 | 08:48 AM

Sesi Persekolahan 2026: KPM Tumpu Kurikulum Prasekolah Baharu, Lancar Pelan Pendidikan

Kuala Lumpur - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi tumpuan kepada dua fokus utama bagi sesi persekolahan 2026, iaitu pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata tahun 2026 amat signifikan susulan pengembalian semula sesi persekolahan ke bulan Januari, selain pelaksanaan awal kurikulum prasekolah yang sepatutnya bermula pada 2027.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Ceria ke Sekolah bersama ERM Foundation di Parlimen Bandar Tun Razak pada Ahad 4 Januari.

Dalam program itu, seramai 800 murid menerima bantuan persekolahan, manakala keseluruhan penerima di kawasan Parlimen berkenaan melibatkan kira-kira 5,000 murid.

Fadhlina menyifatkan inisiatif itu selari dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan pendidikan anak-anak terus terpelihara.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok