Kuching - Situasi banjir di negeri Sarawak setakat jam lapan pagi ini dilaporkan kekal terkawal dengan hanya satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Miri.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sarawak, PPS Dewan Serbaguna SMK Berkenu terus menempatkan 53 Ketua Isi Rumah melibatkan 166 mangsa yang terjejas akibat banjir.
Setakat ini, tiada pembukaan PPS baharu direkodkan dan trend pemindahan mangsa kekal, menunjukkan keadaan banjir masih stabil.
Pihak berkuasa akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back