KUANTAN - Penjualan Gula Rahmah yang tidak menerima sebarang insentif kerajaan setakat ini hanya dibenarkan melalui Program Jualan Rahmah MADANI yang dilaksanakan secara bergerak dan di luar premis.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh berkata polisi itu tidak berubah dan kekal dilaksanakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan gula pada harga lebih rendah.
Setakat ini katanya, itu adalah modus operandi penjualan Gula Rahmah yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tetapi ia mungkin berubah dengan terserah kepada polisi baharu KPDN pada masa hadapan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jualan Rahmah MADANI: Kembali ke Sekolah (PJRM KKS) hari ini.
Gula Rahmah yang ditawarkan pada harga RM2.70 sekilogram adalah inisiatif HMBE Legacy Sdn Bhd dengan kerjasama KPDN.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back