MUKAH – AirBorneo melaksanakan penerbangan sulung ke Lapangan Terbang Mukah hari ini, memperkukuh akses udara bagi penduduk luar bandar.
Penerbangan dari Kuching membawa 55 penumpang dan mendarat pada jam 9.20 pagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine, berkata inisiatif ini meningkatkan mobiliti penduduk, ekonomi tempatan dan sektor pelancongan.
Bercakap ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Mukah hari ini, beliau berkata ia juga mencerminkan kesungguhan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam memastikan kemudahan perhubungan udara yang lebih cekap dan selesa dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Sementara itu, ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi yang turut menaiki penerbangan sulung AirBorneo ke Mukah menyifatkan penerbangan tersebut sebagai satu detik bersejarah buat penduduk Mukah.
Turut hadir ialah Residen Bahagian Mukah, Pegawai Daerah, Pengurus Lapangan Terbang dan Ketua Polis Daerah.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back