LAWAS – Seramai 10 sekeluarga dari Kampung Gelapas, Trusan terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Pekan Trusan pagi tadi berikutan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan tersebut.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.42 pagi.
Setibanya di lokasi, pasukan Bomba mendapati limpahan air telah menenggelami jalan serta memasuki beberapa buah rumah dengan paras air dilaporkan meningkat dengan cepat.
Anggota Bomba bertindak memindahkan mangsa terjejas ke PPS yang telah ditetapkan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back