KUCHING - Kajian dan semakan akan dijalankan, bagi menilai keperluan menaik taraf lapangan terbang luar bandar sedia ada, termasuk landasan.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato’ Sri Lee Kim Shin, berkata perkara tersebut akan dibincangkan dengan Kerajaan Persekutuan, memandangkan lapangan terbang berada di bawah bidang kuasa persekutuan.
Beberapa cadangan telah dikemukakan, termasuk pemanjangan landasan seperti di Lapangan Terbang Ba’kelalan, yang dijangka siap pada hujung tahun ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan acara pelancaran penerbangan sulung AirBorneo di Kuching, hari ini.
Dalam acara sama, beliau memaklumkan bahawa perkongsian kod penerbangan AirBorneo juga akan diperluaskan kepada syarikat-syarikat penerbangan lain.
Hal ini kerana, AirBorneo beroperasi sebagai syarikat penerbangan komersial, dan perkara itu akan dipertimbangkan seperti mana syarikat penerbangan lain.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back