SIMUNJAN – Seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam parit besar di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sagu, Sebuyau.
Mangsa dikenali sebagai Rendi dilaporkan hilang sejak awal pagi 1 Januari 2026 selepas dipercayai terjatuh ke dalam parit berarus deras ketika meniti sebuah jambatan kayu yang ditenggelami air.
Usaha rakan mangsa untuk menyelamatkannya gagal.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.25 pagi, hari ini.
Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang diteruskan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back