• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 January 2026 | 03:20 PM

Beri Masa Kepada AirBorneo Nilai Strategi Jangka Panjang

KUCHING – Syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, perlu diberikan masa bagi membolehkan pelan perniagaan serta strategi kelestarian jangka panjangnya diteliti secara menyeluruh.

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, pengambilalihan MasWings yang baharu dimuktamadkan merupakan langkah interim.

Kini, pasukan AirBorneo bersama sebuah pasukan khas yang akan ditubuhkan, akan mengkaji aspek teknikal dan kewangan secara profesional.

Menurut beliau, banyak perkara melibatkan kos operasi, penyelenggaraan dan bahan api yang memerlukan kepakaran serta masa untuk diteliti secara menyeluruh.

Semua perkara itu akan dilaksanakan dan dinilai secara berperingkat.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perancangan jangka panjang AirBorneo, beliau berkata model operasi syarikat itu berbeza berbanding syarikat penerbangan lain.

Hal ini kerana AirBorneo berfungsi dalam dua aspek utama iaitu melibatkan penyediaan perkhidmatan udara luar bandar dan pelaksanaan penerbangan komersial serantau.

Menurutnya, bagi penyediaan perkhidmatan udara luar bandar, ia disokong melalui skim subsidi di bawah Perjanjian 'Public Service Obligation' (PSO).

Bagi tahun ini, model sedia ada akan diteruskan dan ia sememangnya sudah bersubsidi.

Namun, untuk jangka panjang, pihaknya akan menilai semula perkara itu bersama kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Aspek kedua pula akan dilaksanakan pada peringkat seterusnya, dengan perancangannya akan diteliti oleh pasukan khas yang bakal ditubuhkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan acara pelancaran penerbangan sulung AirBorneo di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok