KUCHING - Seramai 1,140 mangsa banjir daripada 287 Ketua Isi Rumah (KIR) ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak setakat jam 8 pagi ini.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak dalam laporan hari ini memaklumkan PPS terbabit melibatkan empat daerah iaitu Kuching, Samarahan, Lawas dan Miri, dengan trend pemindahan mangsa meningkat.
Kuching merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,095 mangsa daripada 275 KIR di tujuh PPS.
Di Samarahan, 25 mangsa daripada lapan KIR ditempatkan di Dewan Suarah Kota Samarahan, manakala Lawas mencatatkan 16 mangsa daripada tiga KIR di PPS Dewan Masyarakat Trusan.
Sementara itu, kejadian tanah runtuh di Miri menyebabkan empat mangsa daripada satu KIR dipindahkan ke PPS Dewan Bulan Sabit Merah.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back