KUCHING - Pembukaan laluan baharu AirBorneo dijangka memperkukuh keterhubungan udara di pesisir tengah Sarawak apabila penerbangan sulung syarikat itu dijadualkan mendarat serentak di Lapangan Terbang Mukah dan Lapangan Terbang Tanjung Manis pada 2 Januari 2026.
Inisiatif tersebut dilihat sebagai langkah strategik untuk merancakkan mobiliti penduduk serta menyokong pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pelancongan, perniagaan dan perkhidmatan awam di Bahagian Mukah.
Residen Bahagian Mukah, Datu Kueh Lei Poh sebagai berkata, persiapan rapi sedang dilaksanakan bagi memastikan ketibaan pertama itu berjalan lancar, hasil perbincangan dalam Mesyuarat Persiapan Ketibaan Pertama Pesawat AirBorneo yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Mukah.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi serta ketua-ketua jabatan berkaitan.
Back