KUCHING – Kampung Sinar Budi, Jalan Desa Wira dinaiki air akibat hujan lebat awal pagi Rabu, menyebabkan pasukan bomba dikerah bagi memindahkan penghuni sebuah rumah ke lokasi selamat.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui 999 pada jam 5.08 pagi selepas pemanggil memaklumkan rumah kediamannya dimasuki air.
Susulan itu, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang diketuai Wan Zakaria Wan Mos digerakkan ke lokasi menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Hilux bagi melaksanakan operasi pemindahan mangsa.
Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Back