Moscow - Undang-undang tentera di Ukraine hanya akan ditamatkan selepas Kyiv menerima jaminan keselamatan.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy pada Isnin berkata demikian, susulan pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Ahad.
Selepas pertemuan itu, Zelenskyy berkata jaminan keselamatan antara AS dan Ukraine telah dipersetujui 100 peratus.
Zelenskyy turut menyatakan bahawa beliau mahu menerima jaminan keselamatan serentak dengan penandatanganan dokumen 20 perkara mengenai penyelesaian konflik.
Selain itu, Zelenskyy juga mahu tentera Barat dikerahkan di Ukraine sebagai sebahagian daripada jaminan keselamatan berkenaan.
Sementara itu, Trump semasa pertemuan dengan Zelenskyy menyatakan bahawa, Eropah akan memikul sebahagian besar tanggungjawab dalam menyediakan jaminan keselamatan kepada Ukraine, namun AS tetap akan turut serta dalam usaha tersebut.
Sumber & Foto: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back