Kuala Lumpur - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Presiden Bersatu itu dalam kenyataan hari ini, bagaimanapun, tidak menyatakan sebarang sebab diberikan berkaitan peletakan jawatan itu.
Sebaliknya beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah memberi sokongan kepadanya, sepanjang beliau memimpin gabungan itu yang ditubuhkan sejak lima tahun lepas.
Terdahulu pada pagi ini, seorang pemimpin kanan Bersatu memaklumkan bekas perdana menteri itu telah memuktamadkan keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi PN pada 12.13 tengah malam.
Sumber & Foto: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back