• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 December 2025 | 08:30 AM

Kejuaraan Futsal ASEAN Bawah 19 2025 - Malaysia Raih Tempat Ketiga

Kuala Lumpur – Skuad futsal remaja lelaki negara menamatkan Kejuaraan Futsal ASEAN Bawah 19 2025 di Bangkok, Thailand, di tangga ketiga selepas menewaskan Vietnam menerusi penentuan sepakan penalti 4-3, semalam.

Perlawanan itu berlangsung sengit apabila pemenang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas kedudukan terikat 2-2 dalam masa sebenar.

Skuad negara mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk menukar skrip perlawanan.

Vietnam terlebih dahulu mendahului 1-0 hasil jaringan Nguyen Truong Hoang Long pada minit kelima separuh masa pertama sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi penyudah Iqbal Hazim Radzi pada minit ke-39.

Drama tercipta di penghujung perlawanan apabila Nguyen Thac Hieu meletakkan Vietnam di hadapan menerusi gol pada minit ke-40, namun Malaysia pantas mengikat kedudukan hasil penyudah Aidil Zakwan hanya beberapa saat kemudian.

Keputusan seri 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus memaksa penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Malaysia muncul pemenang 4-3 untuk mengesahkan tempat ketiga kejohanan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok