Berlin – Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, mengulangi hasratnya untuk terus beraksi sehingga beliau mencapai 1,000 gol sepanjang kariernya.
Kapten Portugal berusia 40 tahun itu menambah koleksi golnya yang ke-956, selepas menjaringkan dua gol pada Sabtu untuk kelab Arab Saudi, Al-Nassr.
Bercakap semasa majlis Globe Soccer Awards di Dubai pada Ahad, beliau optimis sasaran berkenaan kekal menjadi matlamatnya.
Bekas bintang Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu turut menyatakan bahawa Piala Dunia akan datang di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal menjadi penampilan terakhirnya di pentas dunia.
Namun begitu, kerjayanya di peringkat kelab dijangka berterusan apabila kontrak terbaharunya bersama Al-Nassr akan tamat pada musim 2027.
Untuk rekod, Ronaldo telah menjaringkan 143 gol bersama pasukan kebangsaan Portugal, 140 gol dalam Liga Juara-Juara Eropah, 450 gol bersama Real Madrid, serta masing-masing lebih 100 gol untuk Manchester United, Juventus dan Al-Nassr.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back