• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 December 2025 | 04:21 PM

Tentera Israel Langgar 969 Perjanjian Sepanjang Tempoh Perjanjian Gencatan Senjata

Gaza - Tentera Israel melakukan 969 pelanggaran gencatan senjata sepanjang 80 hari sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada Oktober.

 

Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam kenyataannya memaklumkan, pelanggaran berkenaan mengakibatkan 418 rakyat Palestin maut, 1,141 cedera dan 45 rakyat lain turut ditahan.

 

Pihaknya memberi amaran bahawa Semenanjung Gaza kini berdepan “kematian secara perlahan” berikutan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

 

Sejak 10 Okt hingga Ahad lepas, tentera Israel melakukan pelbagai pelanggaran serius dan sistematik terhadap perjanjian itu.

 

Ia disifatkan sebagai pencabulan jelas undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta usaha sengaja untuk melemahkan gencatan senjata dan peraturan tambahan mengenai bantuan kemanusiaan yang disertakan bersama perjanjian tersebut.

 

Kenyataan itu menyebut, 289 insiden tembakan secara langsung terhadap orang awam Palestin direkodkan, selain 54 pencerobohan ketenteraan ke kawasan perumahan dan 455 insiden bedilan serta serangan terhadap orang awam tidak bersenjata dan kediaman mereka.

 

Sepanjang tempoh 80 hari berkenaan, Israel melakukan 162 kes perobohan rumah, institusi dan kemudahan awam.

 

Dalam pada itu, tentera Israel juga gagal mematuhi kuantiti minimum bantuan kemanusiaan yang dipersetujui, dengan hanya 19,764 trak bantuan memasuki Gaza dalam tempoh 80 hari berbanding 48,000 trak yang sepatutnya dibenarkan masuk.

 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok