Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 1 hingga 5 Januari depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, keadaan itu berpotensi membawa hujan lebat berterusan di Sarawak serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.
Beliau menasihatkan orang awam untuk supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi MET Malaysia bagi maklumat terkini dan sahih.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia hari ini.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North sehingga Jumaat ini dengan kelajuan angin melebihi 60km/jam dan ombak setinggi melebihi 4.5 meter (m).
Keadaan tersebut berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back