New York - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dijadual mengadakan sesi tergempar hari ini, bagi membincangkan pengiktirafan Israel terhadap wilayah Somaliland di Somalia sebagai sebuah negara merdeka.
Mesyuarat itu akan diadakan di bawah agenda bertajuk “Ancaman terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa”.
Majlis itu juga dijadual mengadakan satu lagi sesi berasingan bagi membincangkan situasi di Bukit Golan yang diduduki, termasuk taklimat mengenai laporan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan pasukan antarabangsa yang beroperasi di kawasan berkenaan.
Sumber: BERNAMA
Foto: Reuters
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back