Istanbul - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyifatkan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai “langkah positif” ke arah mencapai keamanan berkekalan.
Beliau dalam satu kenyataan mengalu-alukan perjanjian terbabit ke arah mengurangkan penderitaan orang awam, menamatkan permusuhan semasa dan mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mencapai keamanan berkekalan.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Malaysia selaku pengerusi ASEAN, China dan Amerika Syarikat atas usaha menyokong penyelesaian secara aman terhadap situasi berkenaan.
Berikutan itu, PBB bersedia menyokong usaha yang bertujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini.
Sumber: BERNAMA
Foto: Anadolu Ajensi
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back