Arau - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah dilantik sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perlis pada 4.04 petang semalam.
Pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Perlis ke-12 dibuat berikutan peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli yang juga ADUN Sanglang pada 25 Disember secara sukarela atas faktor kesihatan.
Untuk rekod, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perlis memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, dengan majoriti 1,254 undi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back