Johor Bahru -- Gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dikesan berlaku di Bukit Kepong, Pagoh, pada 8.55 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi itu berpusat pada koordinat 2.4 darjah utara dan 102 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Bagaimanapun, gempa itu tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, keadaan terkawal dan tiada kemalangan jiwa serta kerosakan harta benda dilaporkan berlaku.
Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa mengambil serius terhadap keselamatan rakyat dan pemantauan rapi sedang dijalankan bersama agensi berkaitan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back