Kuala Lumpur – Kerajaan memutuskan bahawa inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) akan diteruskan pada tahun hadapan.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi hantaran di Facebook rasminya, keputusan itu dinyatakan melalui surat edaran bertarikh 24 Disember lalu yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.
Inisiatif itu disasarkan kepada graduan dan pencari kerja, termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas, bagi memberi peluang dan pengalaman bekerja dalam sektor awam untuk jangka masa pendek.
JPA memaklumkan bahawa perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan tatacara yang ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back