• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 December 2025 | 08:59 AM

“Lembaran Baharu untuk Myanmar”, Pilihan Raya Umum Tiga Fasa Myanmar Bermula Hari Ini

Phnom Penh — Myanmar akan memulakan pilihan raya umum secara berperingkat melibatkan tiga fasa bermula hari ini, dengan kerajaan memberi jaminan proses berkenaan bakal menjadi “lembaran baharu untuk Myanmar”.

Pilihan raya itu diadakan hampir lima tahun selepas kali terakhir ia dilaksanakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan pada Jumaat mengumumkan, Fasa 1 akan berlangsung pada 28 Disember melibatkan 102 pekan, diikuti Fasa 2 pada 11 Januari 2026 di 100 pekan, manakala Fasa 3 dijadualkan pada 25 Januari 2026 merangkumi 63 pekan di wilayah dan negeri masing-masing.

Seiring dengan persiapan pilihan raya, kerajaan turut memaklumkan, perintah berkurung di 44 pekan di Wilayah Yangon akan ditarik balik berkuat kuasa pagi 27 Disember.

Ia susulan peningkatan tahap kestabilan dan keselamatan di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beberapa pemerhati antarabangsa antaranya dari Belarus, China, India, Kazakhstan, Vietnam dan Rusia, juga telah tiba di Yangon bagi memantau proses pilihan raya tersebut.

Pilihan raya kali ini menyaksikan lebih 5,000 calon daripada 57 parti politik bertanding merebut kira-kira 950 kerusi di tiga badan perundangan, iaitu Pyithu Hluttaw (Dewan Rendah), Amyotha Hluttaw (Dewan Negara) serta Dewan Undangan Negeri dan Wilayah.

Menariknya, buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, penyertaan calon wanita mencatatkan peratusan tertinggi pernah direkodkan, iaitu 18 peratus daripada keseluruhan calon berdaftar.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok