• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 December 2025 | 08:44 AM

Thailand Mulakan Kempen Pilihan Raya Umum, Menjelang Pengundian 8 Februari 2026

Bangkok — Thailand pada Sabtu memulakan tempoh kempen bagi pilihan raya umum yang dijadualkan pada 8 Februari 2026, apabila parti politik di seluruh negara mula mendaftarkan calon masing-masing untuk bertanding bagi kerusi Dewan Perwakilan.

Pendaftaran calon dibuka pada Sabtu dan akan berlangsung sehingga 31 Disember ini, dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang (waktu tempatan), di seluruh Bangkok serta 76 wilayah lain.

Menurut Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand (ECT), calon dikehendaki mengemukakan permohonan secara bersemuka kepada pegawai pilihan raya di daerah masing-masing.

Pengarah Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Bangkok, Samphan Saengkamlaert, berkata pihaknya bersedia sepenuhnya bagi melaksanakan proses pendaftaran calon di kesemua 33 kawasan pilihan raya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan para penyokong supaya tidak mengadakan sebarang bentuk sambutan atau aktiviti hiburan yang boleh melanggar undang-undang pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 8 Februari 2026 sebagai hari pengundian bagi pemilihan Ahli Dewan Perwakilan, manakala pengundian awal dijadualkan berlangsung pada 1 Februari.

Di bawah sistem pilihan raya dua undi Thailand, pengundi akan memilih 500 Ahli Dewan Perwakilan untuk tempoh lima tahun, dengan kesemua kerusi dipertandingkan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok