• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 December 2025 | 08:33 AM

‘Fiesta Boling’ LCDA Bersama Media, Platform Santai Perkukuh Hubungan Strategik

Kuching – Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) menganjurkan Fiesta Boling bersama para pengamal media di Kuching, sebagai platform santai bagi memperkukuh hubungan serta kerjasama antara kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Borneo Development Sdn Bhd (PBDSB), Zuraimy Kusyaili berkata, hubungan yang jitu dengan rakan-rakan media amat penting dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan berkesan kepada masyarakat umum.

Menurut beliau, pihaknya percaya setiap maklumat yang disalurkan perlu tepat, sahih serta mencapai matlamat sebenar agar tidak mengelirukan orang ramai.

Ketika ini, maklumat bergerak dengan terlalu pantas sehingga ada kalanya pihak terlibat belum sempat mengeluarkan kenyataan media, namun maklumat tersebut telah pun tersebar.

Tambah beliau, LCDA tidak mahu sebarang maklumat yang tidak sahih, tidak tepat atau tidak betul disebarkan kepada umum.

Sehubungan itu, menerusi penganjuran aktiviti santai seperti itu, ia diyakini mampu mengeratkan persahabatan serta menjalin hubungan yang lebih kukuh antara semua pihak yang terlibat.

Zuraimy yang mewakili Pengurus Besar LCDA berkata demikian semasa ditemui media selepas program tersebut di Kuching, semalam.

Fiesta boling LCDA bersama media itu menerima penyertaan menggalakkan daripada pelbagai agensi serta persatuan media di Kuching, melibatkan kira-kira 70 peserta secara keseluruhan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok